SAYU !! Pekerja Maut Tersepit Dalam Mesin Pembancuh Tepung

SAYU !! Pekerja Maut Tersepit Dalam Mesin Pembancuh Tepung. JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya, di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Premas Jaya, semalam, lapor Bernama.

Dalam kejadian pada jam 12.43 tengah hari semalam, Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, mangsa mati serta merta di tempat kejadian.

“Siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Md Hajis Nazir, terkejut dengan kejadian yang menimpa adik perempuannya itu. Bagaimanapun, Hajis redha dengan takdir yang telah ditentukanNya.-

 

(Visited 631 times, 1 visits today)
loading...